“Selama 40 tahun saya bergelar pemain bola sepak, rasanya tak pernah dengar lagi ada pemain yang mencarut kepada penyokong lawan!”

KUALA LUMPUR: “Selama 40 tahun saya bergelar pemain bola sepak, rasanya tak pernah dengar lagi ada pemain yang mencarut kepada penyokong lawan, kata bekas pemain kebangsaan, Khalid Ali mengenai tindakan biadap ketua pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim yang dikatakan mengeluarkan perkataan lucah dipercayai ditujukan kepada pengkritiknya.

 

JDT berjaya menewaskan Kedah 2-0 dalam aksi final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi dan Safiq ketika meraikan kemenangan itu selepas perlawanan tamat seperti melepaskan geram sehingga mencarut di depan jurugambar yang sedang merakam detik manis pemain kelab Harimau Selatan.

 

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit yang tular di laman sosial, kapten Harimau Malaya itu mengatakan “P….. kepada semua pengkritik, wa (saya) cakap sekarang” kata Safiq dalam rakaman itu.

 

Jelas Khalid, sebagai seorang pemain profesional yang menjadi tumpuan masyarakat termasuk kanak-kanak, ia adalah suatu perlakuan kurang sopan yang tidak seharusnya diungkapkan Safiq apatah lagi secara terbuka.

 

“Sebagai kapten JDT dan kapten pasukan bola sepak Malaysia, perkataan macam itu tak berapa baik. Saya rasa dia melepaskan geram kepada pengkritik.

 

Kita kena terima hakikat sebenar, ada orang benci dan ada juga orang suka kita. Lebih-lebih lagi apabila kita mencapai kejayaan mestilah ada perkataan tak elok daripada penyokong pasukan lawan.

 

“Sebagai orang terkenal dan selebriti, ia adalah lumrah dan rasanya Safiq tahu mengenai perkara itu.

 

“Malah, selama saya bermain bola sepak dulu bersama-sama Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari sekalipun, tak pernah kami hentam balik penyokong. Tapi kalau terhadap pemain lawan ketika bermain, itu biasa.

 

“Cuma apa yang dibuat Safiq agak memeranjatkan kita apabila mencarut kepada penyokong dan pengkritik lawan,” katanya.

Sumber : https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2017/11/346922/safiq-bikin-panas via kfc
Biodata Safiq Rahim

Biodata Safiq Rahim

Biodata Safiq Rahim
 
Nama Penuh : Mohammad Safiq Bin Rahim
Tarikh Lahir : 5 Julai 1987
Tempat Lahir : Kuala Selangor, Selangor
Tinggi : 1.67 m

Safiq Rahim Free Kick

Safiq Rahim – Pakar Sepakan Percuma

Ringkas Mengenai Beliau

Memulakan karier bersama pasukan Piala Presiden Selangor. Safiq Rahim diserap dalam pasukan Liga Super Selangor pada tahun 2007. Kegagalan untuk mendapatkan tempat dalam pasukan Selangor memaksanya mencari haluan baru bersama pasukan kelab KL PLUS.

Selepas semusim di KL PLUS, Safiq Rahim kembali ke pasukan Selangor pada tahun 2009.Safiq berjaya membantu selangor menjulang Piala Sumbangsih pada awal musim, diikuti Liga Super dan Piala FA, keseluruhannya menjulang treble tahun 2009.

Safiq Rahim Cardiff City

Safiq pernah mendapat tawaran berlatih bersama Cardiff City pada 2011

Pada november 2012 Safiq memutuskan untuk berhijrah ke pasukan Johor (Sekarang dikenali sebagai JDT) untuk musim 2013.Keseluruhannya Safiq menjaringkan 19 gol dalam 71 penampilan bersama selangor untuk empat musim

Pada musim pertama Safiq bersama Skuad Johor Darul Takzim , Skuad yang digelar harimau selatan berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Liga Super serta mara ke perlawanan akhir Piala Fa namun tewas kepada pasukan Kelantan 1-0 di final.Musim 2014 ,Skuad Johor Darul Takzim berjaya menjuarai Liga Super dan Hanya mara ke separuh akhir Piala Fa serta Naib juara Piala Malaysia setelah tewas di final dengan sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.

Anugerah Individu

AFF Championship Top Scorer 2014
Malaysia Cup Final Best Player 2014
AFC Cup: 2015 Most Valuable Player

Biodata Safiq Rahim

Sepakan percuma Safiq Rahim pernah menewaskan penjaga gol Liverpool

Loading...